Powered By Blogger

Akibat Tidak Mensyukuri Nikmat Allah

Tuesday, January 19, 2010

JADUAL PENENTU UJIAN (JPU)

Rafidah Bejan [G0912276]




EDP 5501: ASSESSMENT IN EDUCATION
JADUAL PENENTU UJIAN (JPU)

PENSYARAH: DR NORLIDE

AHLI KUMPULAN:
ZALIHA BINTI SALIM G0916430
RAFIDAH BINTI BEJAN G0912276
NOR ZALIHAN BINTI CHE MAN G0913850
NOR FIRDAUS BINTI KAMARUDDIN G0915106
ZA NURTAHIRAH BINTI YUSOFF G0915200
ERNY IZATUN SALWA BINTI KAMARUDDIN G0910200

SECTION 1


BAHAGIAN A – SOALAN ANEKA PILIHAN (10 MARKAH)

1) Apakah keturunan Saidina Uthman Bin Affan?

A) Bani Adam C) Bani Quraisy
B) Bani Israel D) Bani Umayyah

2) Antara berikut yang manakah sumbangan Saidina Uthman bin Affan r.a. dalam bidang politik?

A) Mengemaskinikan Baitulmal sebagai institusi kewangan negara.
B) Mengumpul dan membukukan Al-Quran.
C) Menjadi utusan Rasulullah (S.A.W) dalam Perjanjian Hudaibiyyah.
D) Memerdakan hamba pada setiap hari Jumaat.


3) Antara berikut, manakah yang menerangkan sifat keperibadian Saidina Uthman bin ‘Affan?

A) Membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi
B) Seorang yang pintar dalam menyusun strategi peperangan
C) Tekun mempelajari dan menghafaz Al-Qur’an
D) Terkenal dengan sifat gagah dan berani di medan peperangan


4) Antara yang berikut yang manakah menerangkan tentang zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan?

A) Tahun 624m hingga 656m
B) Tahun 644m hingga 656m
C) Tahun 644m hingga 655m
D) Tahun 634m hingga 656m

5) Saidina Hamzah diberi gelaran ‘Asadullah’. Apakah yang dimaksudkan dengan gelaran tersebut?

A) Kekasih Allah
B) Sahabat Rasulullah
C) Singa Allah
D) Orang yang berani kerana Allah


6) Beliau merupakan seorang yang sangat kaya dan dermawan. Mendermakan 500 ekor kuda perang dan 1,500 ekor unta untuk tunggangan tentera Islam ketika perang Tabuk.
Penyataan di atas adalah mengenai :
A) Saidina Abu Bakar C) Saidina Abu Hurairah
B) Saidina Ali D) Saidina Abdul Rahman Bin Auf


7) Antara berikut, membuktikan sifat berani Saidina Hamzah r.a. KECUALI:
A) Berani memukul Abu Jahal dengan busar panahnya kerana menghina Nabi
B) Menyahut cabaran musuh untuk berlawan dengan dua orang tentera Musyrikin
C) Memberi sumbangan yang banyak dalam membiayai Perang Tabuk
D) Sentiasa membawa panji (bendera angkatan tentera Islam) dalam peperangan

8) Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib pernah terlibat dalam dua peperangan. Apakah peperangan tersebut?


A) Perang Badar dan Perang Uhud
B) Perang Khandak dan Perang Badar
C) Perang Tabuk dan Perang Khandak
D) Perang Uhud dan Perang Khandak






9) Ciri-ciri keistimewaan yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a adalah seperti berikut KECUALI ….............................

A) Calon jawatan Khalifah.
B) Imam solat Subuh di dalam Perang Tabuk.
C) Jutawan yang suka menderma.
D) Pemuda yang handal bermain pedang



10) • Dilahirkan 6 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W di kota Mekah
• Keturunan Bani Umaiyah
• Sanggup mengorbankan segala kemewahan untuk menyahut seruan
Rasulullah S.A.W. supaya berhijrah ke Habsyah


Kenyataan di atas adalah merujuk kepada

A) Saidina Abdul Rahman Bin Auf
B) Saidina Ali Bin Abu Talib
C) Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
D) Saidina Uthman Bin Affan



BAHAGIAN A - ITEM BETUL ATAU SALAH (10 MARKAH)

1) Saidina Uthman bin Affan mendapat gelaran sebagai ' Zunnurain ' yang bermaksud mempunyai 2 cahaya kerana beliau memperisterikan 2 orang puteri Rasulullah (s.a.w).

(Betul/Salah)

2) Saidina Uthman telah menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10,000 dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam peperangan Uhud.
(Betul/Salah)

3) Antara sumbangan Saidina Uthman ialah menjadi utusan Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyah.
(Betul/Salah)

4) Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah dilantik sebagai panglima perang oleh Rasulullah (s.a.w) di dalam Perang Badar.

(Betul/Salah)

5) Saidina Hamzah syahid setelah ditikam oleh Wahsyi iaitu seorang pembunuh upahan yang ditugaskan oleh Jubair bin Mut’im.
(Betul/Salah)

6) Saidina Hamzah telah dilantik untuk membawa panji dalam peperangan di Ghuzwatul Widdan, Ghuzwatul Asyirah, Perang Tabuk dan Perang Badar.

(Betul/Salah)

7) Saidina Abdul Rahman bin Auf pernah menjadi Imam bagi solat Subuh di dalam Perang Badar yang dihadiri oleh Rasulullah (s.a.w)
(Betul/Salah)

8) Saidina Abdul Rahman bin Auf telah difitnah oleh golongan Yahudi dan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’.
(Betul/Salah)

9) Seorang jutawan yang kuat berusaha dan suka menderma adalah salah satu ciri keistimewaan Saidina Abdul Rahman bin Auf.
(Betul/Salah)

10) Saidina Abdul Rahman Bin Auf memberi sumbangan sebanyak 40 ribu dinar emas, 500 ekor kuda perang dan 500 ekor unta untuk membiayai perang Badar.
(Betul/Salah)



BAHAGIAN C- SOALAN JAWAPAN PENDEK (TOTAL: 10 MARKAH)

1. Saidina Uthman Bin Affan merupakan seorang korporat yang dermawan, berikan
sebab mengapa beliau dikenal dengan Zunnurain. [1 markah]

2. Terangkan dua faktor yang mendorong semangat jihad Saidina Uthman.
[2 markah]

3. Nyatakan dua sifat peribadi Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang perlu kita contohi . [2 markah]

4. Nyatakan tiga pengajaran daripada riwayat hidup Saidina Hamzah.
[3 markah]

5. Terangkan dua sumbangan Saidina Abdul Rahman di dalam perjuangan Islam. [2 markah]


BAHAGIAN D- SOALAN ESEI PANJANG (TOTAL: 20 MARKAH)

Soalan 1:

Anda merupakan seorang ahli perniagaan tekstil yang terkenal di Malaysia. Seperti mana yang diketahui, Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A merupakan seorang ahli perniagaan yang berwawasan. Bagaimanakah anda menjadikan Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A sebagai dorongan kejayaan anda? Sila nyatakan sekurang-kurangnya lima faktor kejayaan Saidina Abdul Rahman sebagai ahli perniagaan yang dapat dijadikan dorongan kepada anda. [10 markah]

Soalan 2:
Saidina Uthman Bin Affan dan Saidina Hamzah bin abdul Mutallib merupakan tokoh dan pahlawan Islam yang sangat disegani. Mereka telah berjuang bersama Rasulullah S.A.W dalam menegakkan syiar Islam. Kedua-dua mereka banyak memberi sumbangan dalam perjuangan Islam. Berikan dua sumbangan dan satu persamaan kedua-dua pahlawan ini dalam menegakkan syiar Islam. [10 markah]

SKEMA JAWAPAN:

BAHAGIAN A

(a) Item Aneka Pilihan (10 Markah)

1) D
2) C
3) D
4) B
5) C
6) D
7) A
8) C
9) D
10) D


(b) Item Betul atau Salah (10 Markah)

1) Betul
2) Salah
3) Betul
4) Betul
5) Salah
6) Betul
7) Betul
8) Salah
9) Salah
10) Betul

BAHAGIAN B – JAWAPAN PENDEK (10 Markah)

1. Saidina Uthman Bin Affan di gelar Zunnurain kerana beliau mengahwini dua orang puteri Nabi. [1 Markah]

2. Faktor yang mendorong semangat jihad Saidina Uthman:
i- Keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T [1 Markah]
ii- Sayangkan Islam sebagai Ad-din [1 Markah]
iii- Memiliki kekayaan hasil daripada perniagaan yang dijalankan [1 Markah]
iv- Mempunyai minat yang tinggi untuk berdakwah [1 Markah]
v- Memiliki semangat cintakan Negara [1 markah]
vi- Memiliki semangat daya saing dalam diri [1 Markah]

3. Sifat peribadi Saidina Hamzah:
i- Seorang yang pantas bertindak. [1 markah]
ii- Seorang pahlawan yang berani dan gagah perkasa [1 Markah]
iii- Seorang yang sanggup berkorban untuk menegakkan kebenaran ajaran Islam yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W [1 Markah]
iv- Seorang yang gigih menjalankan dakwah Islam [1 Markah]
v- Seorang yang cekal hati dalam menjalani kehidupan [1 Markah]

4. Pengajaran daripada riwayat hidup Saidina Hamzah:
i- Sanggup berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan negara [1 markah]
ii- Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut akan ancaman musuh [1 markah]
iii- Gigih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam hidup [1 markah]
iv- Waspada dengan sebarang ancaman musuh [1 markah]




5. Sumbangan Saidina Abdul Rahman dalam perjuangan Islam;
(a) dari segi harta:
i- Menyumbangkan barang keperluan yang dimuatkan atas 700 ekor unta untuk penduduk
Madinah [1 markah]
ii- Menjual tanah dengan harga 40 ribu dinar dan dibahagikan kepada Bani zuhrat,
isteri-isteri nabi dan fakir miskin [1 Markah]
iii- Mendermakan sebanyak 400 dinar emas kepada bekas tentera Perang Badar
[1 markah]
iv- Memberi sumbangan dalam perang Tabuk berupa 200 tahil emas, 1500 ekor unta
tunggangan dan 500 ekor kuda perang [1 markah]

(b) Dari segi jiwa:
i- Menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W untuk menegakkan syiar Islam [1 Markah]


BAHAGIAN C – ESEI PANJANG (20 markah)

Jawapan soalan 1:
Faktor kejayaan Saidina Abdul Rahman sebagai ahli perniagaan:
i- Usaha yang gigih dan berterusan [2 markah]
ii- Jujur dalam perniagaan [2 markah]
iii- Berniaga barangan yang halal [2 markah]
iv- Zuhud [2 markah]
v- Menderma pada jalan Allah S.W.T [2 markah]
vi- Bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T [2 markah]

Jawapan soalan 2:

(a) Sumbangan Saidina Uthman Bin Affan:
i- Menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan dakwah Islam
[2 markah]
ii- Memperkenalkan system protocol [2 markah]
iii- Membukukan al-Quran yang dikenal sebagai Mashaf Usmani [2 markah]
iv- Dilantik menjadi penulis wahyu dan menjadi utusan umat Islam semasa
Perjanjian Hudaibiyah [2 markah]
v- Beliau meluaskan empayar Islam ke Afrika, Armenia, Khurasan dan kepulauan
Mediteranean [2 markah]

(b) Sumbangan Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib:
i- Melindungi Rasulullulah S.A.W daripada ancaman musuh [2 markah]
ii- Mengambil bahagian dalam setiap peperangan [2 markah]
iii- Ambil berat persaudaraan Islam dan hubungan kekeluargaan [2 markah]
iv- Membantu perkembangan dakwah Islam dan menjadikan umat Islam
dihormati dan diterima masyarakat Mekah [2 markah]

(c) Persamaan kedua-duanya:
- Mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan nyawa sendiri demi menegakkan Islam
[ 2 markah]

No comments:

Post a Comment