Rafidah Bejan [G0912276]
Farina dan Izham merupakan sepasang kekasih yang saling menyintai antara satu sama lain. Izham merupakan seorang lelaki yang kacak manakala Farina pula seorang wanita yang cantik dan mempunyai bentuk badan yang mengiurkan. Disebabkan itu, Farina sering menjadi tumpuan lelaki lain. Izham merasa sangat bangga kerana Farina menjadi kekasihnya. Setelah lama memadu kasih, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Perkahwinan mereka sangat bahagia dan mereka dikurniakan sepasang cahayamata yang comel setelah empat tahun melayari alam rumahtangga.
Walaupun telah memiliki sepasang cahayamata, Farina masih lagi cantik dan mempunyai bentuk badan yang menawan malah sering menjadi siulan lelaki lain apabila dia berjalan ke mana-mana. Akibat sering menjadi tumpuan dan perhatian lelaki, Farina menjadi semakin perasan. Dia semakin kerap keluar dengan mengenakan mekap dan pakaian yang agak menjolok mata. Dia juga semakin mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak. Anak-anaknya sering ditinggalkan bersama pembantu rumah. Suaminya Izham perasan akan perubahan isterinya itu. Apabila ditegur dan ditanya oleh suaminya kemana dia pergi setiap malam dengan memakai pakaian yang agak seksi, dia memberitahu suaminya bahawa dia cuma berjumpa dengan pelanggannya atas urusan kerja. Oleh kerana tahu isterinya sangat komited dengan kerjayanya, Izham percaya akan kata-kata isterinya dan tidak menghalang isterinya asalkan isterinya tahu menjaga diri.
Disebabkan Izham percaya kepada kata-katanya, Farina semakin kerap keluar malam. Malah ketika suaminya tiada di rumah pun dia tetap keluar malam dan meninggalkan anak-anaknya di rumah bersama orang gajinya. Pada suatu hari ketika Izham tiada di rumah, Farina pulang ke rumah bersama seorang lelaki dan mengemaskan pakaiannya. Kemudian dia pergi bersama lelaki tersebut sambil berpesan kepada orang gajinya supaya menjaga anak-anaknya. Sejak itu Farina tidak pernah lagi kembali ke rumahnya. Dia meninggalkan suami dan anak-anaknya hampir lima bulan tanpa khabar berita. Sudah puas suaminya menghubungi dan mencarinya tetapi tidak berjaya. Farina juga sudah berhenti kerja. Suaminya hampir berputus asa dan hanya mampu berdoa agar Farina kembali suatu hari nanti.
Pada suatu hari, izham menerima rakaman video daripada Farina. Izham merasa gembira kerana akhirnya Farina menghubunginya. Tetapi alangkah terkejutnya Izham apabila mendapati video tersebut adalah rakaman sepasang kekasih yang sedang melakukan perbuatan terkutuk dan yang lebih memeranjatkan lagi wanita di dalam rakaman tersebut adalah isterinya, Farina. Betapa hancurnya hati Izham mengenangkan perbuatan isteri yang amat dicintainya terhadap diri dan anak-anaknya. Akhirnya Izham mengambil keputusan untuk menceraikan Farina dengan talak satu kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan perempuan yang tidak pandai menjaga maruah dan harga diri.
KAITAN DENGAN ISI
• Tingkatan Lima :
1. Bab 12 : Perkahwinan Dalam Islam
2. Bab 13 : Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam
3. Bab 14 : Tanggungjawab Suami Isteri
4. Bab 15 :• Masalah Rumah Tangga Dan Penyelesaiannya
• Tujuan perkahwinan dalam Islam
• Kewajipan suami dan isteri dalam perkahwinan
• Sebab-sebab yang membolehkan penceraian dalam Islam
PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
• Cerita ini boleh digunakan apabila guru telah selesai mengajar pelajar tentang perkahwinan,tanggungjawab suami isteri dan talaq. Guru boleh membuat aktiviti di dalam kumpulan yang mana setiap kumpulan diberikan cerita di atas dan pelajar hendaklah membaca dan berbincang sesama sendiri dan diminta memberikan pendapat mereka untuk mengetahui sejauh mana pemahaman mereka tentang topik-topik yang telah diajar.
• Dari cerita ini, pelajar boleh mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan. Iaitu akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Malah tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk memupuk kasih sayang, menjamin kesihatan, memenuhi tuntutan rohani dan jasmani, menambahkan zuriat serta mengelakkan maksiat.
• Pelajar juga perlu mengenalpasti apakah tanggungjawab suami isteri dalam sesebuah perkahwinan. Dan daripada cerita ini, pelajar seharusnya dapat memberitahu bahawa Farina sebagai isteri tidak menunaikan tanggungjawabnya di mana dia mengabaikan suami dan anak-anaknya serta tidak memelihara kehormatan diri dengan memakai pakaian yang menjolok mata, tidak menutup aurat dan keluar dengan lelaki lain ketika malam hari tanpa meminta izin daripada suaminya. Malah Farina juga tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki lain, merakamkan perbuatan tersebut dan menghantarkan rakaman tersebut kepada suaminya. Manakala Izham pula sebagai suami tidak menasihati dan memberikan didikan agama yang sempurna kepada isterinya.
• Selain itu pelajar seharusnya tahu apakah ciri-ciri wanita yang perlu dititikberatkan oleh Izham untuk dijadikan isteri. Dari cerita ini Izham berkahwin dengan Farina semata-mata kerana paras rupa dan bentuk badan sahaja. Di dalam Islam, lelaki harus menitik beratkan empat (4) perkara iaitu agama, keturunan, kekayaan dan kecantikan dalam memilih perempuan untuk dijadikan isteri. Izham sepatutnya perlu mengutamakan isteri yang mementingkan agama berbanding kecantikan ketika hendak berkahwin.
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment