Powered By Blogger

Akibat Tidak Mensyukuri Nikmat Allah

Tuesday, January 19, 2010

KISAH 1: ANAK YANG TIDAK MENGHORMATI IBUNYA

Rafidah Bejan [G0912276]
Ika adalah seorang gadis yang liar dan sering berpoya-poya di kelab malam.Dia juga merupakan seorang anak yang tidak mendengar kata ibu bapanya. Sudah puas ibu dan bapanya menasihatinya tetapi Ika tetap tidak mendengar kata. Malah setiap kali dinasihati Ika akan melarikan diri dari rumah dan tidur di rumah teman lelakinya. Dia juga sering ponteng sekolah. Guru disiplin juga telah banyak kali mengambil tindakan terhadapnya. Dia pernah digantung sekolah, dirotan dan didenda. Tetapi itu semua tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya. Oleh kerana terlalu bermasalah, akhirnya Ika dibuang sekolah.

Ika tidak merasa sedih bahkan gembira kerana dia tidak perlu lagi mendengar bebelan guru dan menghadap buku. Dia bebas melakukan apa sahaja kini. Kedua orang tuanya tidak mampu melakukan apa-apa. Mereka hanya mampu berdoa agar Ika sedar dan berubah menjadi anak yang baik. Sejak dibuang sekolah, Ika tidak lekat di rumah. Dia sering keluar dengan teman lelakinya tanpa arah tujuan. Bila ditegur oleh ibunya dia memarahi ibunya supaya tidak masuk campur urusan hidupnya. Ibunya berasa sangat sedih kerana anaknya tidak menghomatinya. Kerana tidak mahu Ika terlanjur, ibu bapanya mengambil keputusan untuk mengahwinkannya dengan teman lelakinya. Mereka juga berharap agar perkahwinan tersebut dapat mengubah Ika menjadi seorang yang baik.

Beberapa bulan berkahwin, Ika didapati mengandung. Kedua orang tuanya berasa gembira kerana bakal mendapat cucu. Sepanjang tempoh mengandung Ika dijaga oleh ibunya. Semua kerja rumah dan makan pakai Ika dibuat dan disediakan oleh ibunya. Pada suatu hari ibunya jatuh sakit dan tidak dapat menyediakan makanan untuk Ika. Ika yang lapar berasa sangat marah kerana tiada makanan untuknya pada hari itu. Dia ke bilik ibunya dan mengherdik ibunya supaya bangun menyediakan makanan untuknya. Ibunya yang sakit meminta maaf kepada Ika kerana dia benar-benar tidak mampu untuk bangun dan meminta Ika agar memasak sendiri. Kerana terlalu marah Ika menyepak dan melangkah badan ibunya yang sedang terbaring di atas lantai.

Dua hari kemudian Ika mendapati perutnya berasa sangat sakit dan memulas-mulas. Suaminya menghantar Ika ke hospital. Setibanya di hospital, jururawat membawa Ika masuk ke bilik bersalin. Setelah hampir empat jam bertarung dengan kesakitan, masih tiada lagi tanda-tanda Ika mahu melahirkan. Doktor juga telah meng’induce’ Ika. Tetapi keadaan Ika masih sama. Keadaan itu berlarutan sehingga ke tengah malam. Ika merasa sakit yang teramat sangat dan tidak mampu bertahan lagi. Ketika itu dia teringatkan ibunya yang sakit di rumah. Dia meraung-raung memangil ibunya. Melihatkan keadaan Ika doktor menghubungi ibunya agar datang ke hospital. Ibunya yang merasa kecil hati dengan perbuatan Ika tempoh hari tidak mahu datang.

Namun setelah dinasihati oleh suaminya dia datang ke hospital dengan berat hati. Ketika melihat wajah ibunya, Ika menangis dan meminta maaf kepada ibunya. Ika menyesal akan perbuatannya terhadap ibunya. Setelah diberitahu oleh doktor bahawa Ika masih tidak boleh bersalin lagi walaupun mengalami kesakitan yang teramat sangat, hati ibunya merasa sedih. Dengan wajah yang sedih ibunya memberitahu doktor bahawa Ika pernah menyepak dan melangkah badannya ketika dia sakit. Doktor terkejut dan menyuruh ibunya melakukan sesuatu. Dengan hati yang berat ibunya melangkah perut Ika sepertimana yang pernah dilakukan Ika terhadapnya. Tidak lama selepas itu Ika berjaya melahirkan seorang bayi lelaki.

v

KAITAN DENGAN ISI

• Tingkatan 3, Bab 21 : Adab Terhadap Ibu Bapa
• Meminta maaf dengan ibu bapa jika melakukan kesalahan
• Balasan / dosa derhaka kepada ibu bapa
• Pembalasan derhaka diberikan di dunia juga

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN

• Cerita ini adalah kisah benar yang pernah berlaku dan boleh digunakan apabila hendak mengajar pelajar tentang Adab Terhadap Ibu Bapa. Guru boleh bercerita kisah ini kepada para pelajar dan menyuruh pelajar memberikan pendapat tentang kisah ini. Pelajar yang bijak akan dapat mengenalpasti ciri-ciri anak yang terdapat dalam kisah ini dan adabnya terhadap kedua ibu bapa.
• Guru juga boleh bertanya kepada para pelajar tentang apakah yang mereka faham tentang adab terhadap ibu bapa berdasarkan kisah ini.
• Pelajar juga boleh mengambil iktibar dari kisah ini agar mereka tidak melukakan hati kedua ibu bapa yang yang telah bersusah payah membesarkan dan mendidik mereka kerana sesungguhnya Allah Swt akan memberikan balasan azab kepada anak yang tidak menghormati kedua orang tuanya.

No comments:

Post a Comment